Bing Best 2 Theme Pack dan Wallpapers



Jika anda mengunjungi laman utama Bing, pastinya anda perasan akan gambar latar belakang yang berlainan setiap hari pada enjin carian dari Microsoft ini. Wallpaper² tersebut memaparkan antara fotografi tempat dan pemandangan yang menarik dari seluruh dunia.

Baru-baru ini, Microsoft telah mengeluarkan tema baru, 'Bing's Best 2' untuk pengguna Windows 7. Ia merangkumi 21 koleksi wallpaper yang diambil dari galeri Bing. Theme pack ini adalah kesinambungan bagi tema 'Bing's Best' yang dikeluarkan pada tahun lalu.

Untuk menggunakannya, anda perlu download tema tersebut dan install 'BingsBest2.themepack' pada komputer Windows 7 anda.

Sekiranya anda hanya inginkan koleksi wallpaper yang terdapat dalam tema ini  (khususnya pengguna Vista dan XP), anda hanya perlu rename file BingsBest2.themepack kepada BingsBest2.cab (menukar extension  .themepack kepada  .cab) dan seterusnya klik kanan untuk extract. *Sekiranya anda menggunakan 7-Zip , boleh terus extract seperti biasa.


Download: Bing’s Best 2 Theme Pack


+ Pengguna Windows Vista (menyokong Aero glass), juga boleh menggunakan tema ini. Install file 'Bing's Be' yang terdapat di dalam folder yang telah di extract.
+ Anda boleh dapatkan lain-lain theme untuk Windows 7, wallpaper dll di Windows Personalization Gallery.

1 Comments

  1. Cool siut...bro, follow aku bro..ko mesti suka punyerlah...http://kakimotong.blogspot.com..aku dah follow hang

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال