Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik

Ini bukan artikel skim cepat kaya, mahupun cara menggunakan online banking, bukan juga tempat jual beli secara online. 'Segalanya di hujung jari anda' (Google it). Baiklah, kali ini, aku akan kongsikan tips untuk melayari internet dengan lebih pantas dengan shortcut pada pelayar web iaitu penggunaan mouse, keyboard dan kedua-duanya.

Berikut ialah beberapa shortcut asas yang perlu anda tahu. Jika anda sudah biasa dengan shortcut ini, jadi anggaplah artikel ini sebagai ulangkaji. Bukan mahu mengajar apa yang anda sudah tahu, tapi  cuma ingin berkongsi kepada mereka yang masih belum tahu. Perlu diingat bahawa tidak semua orang tahu apa yang kita tahu.


1. Tabs digunakan untuk membuka beberapa page pada masa yang sama. Biasanya hanya klik kanan pada link dan pilih "Open link in new tab". Tetapi ada lagi cara yang lebih cepat, cuma klik link dengan menggunakan butang tengah (kelihatan seperti roda/scroller) pada tetikus  dan ia akan membuka link pada tab baru.
mousewhell/scroller
Jika mouse anda tidak mempunyai butang scrool, sila beli mouse baru! tekan Ctrl (jangan lepas) dan klik kiri pada link seperti biasa.
Ctrl + klik kiri

2. Butang scroller pada mouse juga boleh digunkan untuk menutup tab tanpa perlu ke butang pangkah. Cuma klik pada bar tab yang ingin ditutup.

3. Ctrl+Enter - Tambah 'http://www.' dan '.com' ke address bar. Contohnya, anda ingin membuka laman google.com, anda hanya perlu menaip google dan tekan Ctrl+Enter, automatik 'http://www.' dan '.com' akan ditambah. Untuk '.net', tekan Shift+Enter dan Ctrl+Shift+Enter untuk '.org'.

4. Alt+Enter - Buka alamat url yang ditaip di address bar atau di search box pada tab baru. Shortcut ini juga boleh digunakan untuk duplicate tab. Klik pada address bar (atau Alt+D) dan tekan Alt+Enter.

Shortcut untuk memudahkan pembacaan jika tulisan di web terlalu kecil.
5. Ctrl + +, atau Ctrl + Scroll ke bawah - Besarkan size tulisan (Zoom in)
6. Ctrl + - atau Ctrl + Scroll ke atas - Kecilkan saiz tulisan (Zoom out)
7. Ctrl + 0 - Kembali ke size tulisan asal (default font)

Lain-lain shortcut:
8. F5 - Refresh/reload
9. F6 atau Alt+D  - Terus ke address bar
10. Ctrl+D - Tambah page ke senarai bookmark atau favourite.
11. Ctrl+E - Terus ke kotak carian (search box)
12. Ctrl+T - Buka tab baru (tab kosong)
14. Ctrl+N - Buka tetingkap baru
15. Shift+Enter+klik kiri pada link - Buka link pada tetingkap baru

Shortcut di atas boleh digunakan di pelayar web Firefox, Chrome dan IE. Bagi pengguna IE aku sarankan anda menggunakan browser selain IE. Kenapa? Banyak kelebihannya. Cubalah dan rasainya sendiri.

Diharap tips ringkas ini dapat membantu anda. Selamat mencuba!



«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

6 komen:

  1. info yang berguna.. keep it up k!!! nice!

    ReplyDelete
  2. salam ziarah dari Geng Blogger..datang guling2 jap kat blog ni :)

    nice info...berguna gak ni..hehe

    ReplyDelete
  3. smuanya dah mudah skrg... so, ade jugak yg mbuatkan manusia semakin malas tgk kemudahan yg tersedia di dpn mata.. :)

    hav a nice wiken

    ReplyDelete
  4. @akmal hacks: tq :)
    @Azrul Hisham: welcome! tq :)
    @Miss Izah Mohamed: thanks. u to :)

    ReplyDelete
  5. thanks for the info! memang memudahkan .. tq tq tq

    ReplyDelete
  6. TERIMA KASIH. INFOR YANG SGT BERGUNA. BTUL BUKAN SMUA DAH TAHU TIPS ANDA INI.MACAM PAK CIK YANG DAH TUA.... BE'SOR FONT 2 MEMANAFAATKAN....

    ReplyDelete