Laman Web Download Software


Mencari software untuk komputer anda? Tidak tahu dimana tempat untuk muat turun software terbaru? Berikut ialah antara laman web untuk mencari dan memuat turun pelbagai software terbaru pilihan KFZoom:




Majorgeeks menyenaraikan software terbaru yang dikemaskini setiap hari (mengikut tarikh) di halaman utama. Kadar kemaskini juga adalah sangat cepat walaupun versi terbaru belum lagi di paparkan di web pengeluar. Hanya software yang berkualiti sahaja disenaraikan disini. Software yang mendapat muat turun terbanyak pula akan ditandakan 'Hot' manakala software pilihan editor akan diberi tanda 'Pick'. Selain itu, turut disertakan penerangan ringkas mengenai fungsi setiap software.




Kemas dan ringkas antara daya tarikan FileHippo. Software disusun mengikut kategori seperti latest update, antivirus, browser and plugins, photos and image, audio and video dll. bagi memudahkan carian. Selain itu, itu FileHippo juga turut mengekalkan software versi sebelumnya bersama-sama versi yang terbaru untuk pilihan pengguna. Kelajuan muat turun juga amat memuaskan. FileHippo hanya menyenaraikan software percuma yang berkualiti sahaja beserta penerangan mengenainya termasuk changelog dan screenshot. 




Antara laman muat turun software yang terbesar. Softpedia menyediakan muat turun software untuk  sistem operasi (OS) Windows, Mac dan Linux. Sangat sesuai untuk mereka yang suka jalan-jalan cari makan software.




4. Download.cnet.com

 

Antara laman popular untuk memuat turun software dimana banyak pengeluar software menjadikan laman web ini  sebagai official mirror/link untuk software mereka. Laman utama CNET pula menfokuskan ulasan produk teknologi, berita, perbandingan harga, dll.
 


Lain-lain:
| snapfiles.com  | brothersoft.com | freewarefiles.com |


Nota:
- Terdapat banyak laman menyediakan fungsi yang sama seperti di atas dan puluhan software muncul setia hari. Ada yang bagus dan ada yang sebaliknya.  Jadi anda perlu berhati-hati untuk install software baru terutama freeware yang jarang didengar kerana dikhuatiri ianya mengandungi virus, malware, adware atau spyware yang boleh membahayakan PC
- Laman-laman yang disenaraikan diatas kebanyakannya telah menguji setiap software untuk memastikan kualiti dan bebas dari spyware, virus, dan malware lain, tetapi semua muat turun adalah atas risiko anda sendiri.


Selain itu, terdapat juga software percuma seperti FileHippo App Manager, Secunia PSI, SUMo, Update Notifier, Software Informer, , CNET TechTracker dll yang berfungsi memberi peringatan jika terdapat kemaskini software yang telah di-install di komputer anda


+ Sila kongsikan laman download software pilihan anda di ruangan komen.

3 Comments

  1. Max dapatkan software dari sourceforge..semuanya free dan open source. Tapi untuk mereka2 yang tau compile je..=D

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال