Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik


Anda masih menggunakan Windows XP atau Vista? Ingin mencuba Windows 7? Baiklah, jika sebelum ini anda hanya membaca artikel tentang operating system (OS) terbaru dari Microsoft ini, dan belum berkesempatan mencubanya, kini anda boleh menguji ciri-ciri baru pada Windows 7 secara online. 

Microsoft telah melancarkan laman Windows 7 Test Drive, halaman di mana anda boleh menguji Windows 7 secara online hanya di pelayan web (browser) anda secara percuma tanpa perlu memasangnya (install) pada  komputer anda. Versi test drive ini juga dilengkapi dengan perisian Office 2010 Tech Preview, jadi anda boleh mencubanya dalam masa yang sama.



*klik gambar untuk paparan yang lebih besar

Walaubagaimanapun, versi online ini tidaklah menggambarkan keseluruhan prestasi versi penuh Windows 7.  Ianya tidak menjalankan antaramuka Aero sepenuhnya, dan kelajuan setiap aplikasinya bergantung kepada kelajuan internet anda. Kesimpulanya, Windows 7 Test Drive ini sesuai untuk mereka yang ingin mempelajari lebih lanjut tentang Windows 7 tanpa perlu memasangnya.

Nota: Laman web ini hanya berfungsi dengan Internet Explorer 6.0 atau keatas dan pada Windows 2000, Windows XP, Windows Server 2003, Windows Vista atau Windows 7.

Windows 7 Test Drive : http://win7pro.vlabcenter.com/



«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

2 komen:

  1. ada x maklumat pasal window 8

    ReplyDelete
  2. @seifer: tak byk lagi info mengenai win8. dgr2 tahun depan kuar. tapi tak tahu lah betol ke tidak.

    ReplyDelete