Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik


Setiap kali ingin membuat carian sesuatu, aku lebih suka menaip di address bar/navigation toolbar berbanding di kotak carian pada Firefox. Tetapi di atas faktor-faktor tertentu, enjin carian utama pada Firefox telah ditukar kepada Microsoft Bing, Yahoo, AVG Search Bar atau lain-lain. Jadi, jika anda ingin tukar semula enjin carian utama pada Firefox kembali menggunakan enjin carian Google.

Pada mulanya, aku cuba menggunakan fungsi 'Safe Mode' pada Firefox, tapi ianya tidak berhasil kerana enjin carian dari Microsoft, "Bing" telah ditetapkan sebagai default search engine.

Baiklah, berikut ialah cara menukar default search engine pada Firefox address bar.

1. Taip “about:config” di Firefox address bar dan tekan Enter.

2. Notis "This might void your warranty!" akan dipaparkan. Tekan "I'll be careful, I promise!" untuk langkah seterusnya.
Perhatian: Anda akan bermain dengan configuration pada Firefox. Jadi sila ikuti langkah-langkah berikut dengan teliti dan berhati-hati.

3. Taip "keyword.URL" pada kotak Filter.

4. Double-click pada "keyword.URL", kemudian masukkan value "http://www.google.com/search?q=" dan tekan OK selepas selesai.

Sekarang, setiap kali anda membuat carian melalui address bar, Firefox automatik akan membukanya ke enjin carian Google.

Jika anda ingin set ke enjin carian selain Google, sila masukkan seperti di bawah:
Yahoo:  http://search.yahoo.com/search?p=
Bing: http://www.bing.com/search?q=

Setting di atas juga berguna sekiranya anda memasukkan alamat URL yang salah atau tidak sah pada address bar, dimana Firefox akan membuka hasil carian di enjin carian yang telah anda tetapkan. Jika sebelumnya, (setting asal) anda secara automatik dialihkan ke laman web yang dianggap Google anda mencari laman tersebut.

Untuk kembalikan ke setting asal Firefox, tukar value di keyword.url kepada "http://www.google.com/search?ie=UTF-8&oe=UTF-8&sourceid=navclient&gfns=1&q="

Harap trick ringkas ini dapat membantu anda.



«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

4 komen:

  1. sama, google chrome is da best! IE sux, FF sux, Safari sux! HAHAHA! Just for the LULZ!

    ReplyDelete
  2. kat ubuntu aku ni aku guna 2 je, firefox dgn chrome

    ReplyDelete
  3. @l0veyd0veyd00: tak tanya pun.hehe. just kidding :)
    @Shahid Tajuddin: citarasa orang tak semua sama bro =p
    @luth textile: sama la kita bro ;)

    ReplyDelete