Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik


ClearType berfungsi untuk memberikan paparan terbaik tulisan pada skrin laptop atau monitor LCD flat panel anda. Mungkin ramai lagi yang masih tidak mengetahui mengenai fungsi ini.

Perbezaan antara paparan biasa dan ClearType

Windows 7
1. Klik butang Start dan taip cleartype pada kotak carian dan tekan Enter atau pilih Adjust ClearType Text.
2. Biasanya, ClearType sudah sedia diaktifkan, tapi jika tidak, anda hanya perlu 'tick' pada kotak Turn On ClearType untuk mengaktifkannya.

3. Klik Next dan pilih monitor yang anda gunakan.

4. Untuk langkah seterusnya, hanya perlu pilih kotak yang mengandungi tulisan yang dirasakan memberikan paparan terbaik untuk anda.




Windows Vista dan XP
Pengguna Windows Vista dan XP boleh mengunakan online tuner yang disediakan Microsoft. Anda perlu melayari laman Microsoft Typography menggunakan browser Internet Explorer untuk menggunakan ClearType Tuner. Atau sebagai alternatif, anda boleh download Windows ClearType Tuner PowerToy.



+ Anda mungkin perlu mencuba beberapa setting berbeza untuk mendapat paparan terbaik.
+ Sesetengah LCD Monitor ada menyediakan fungsi 'Auto Tune' yang boleh memberikan paparan terbaik secara automatik.
+ Jika anda masih menggunakan monitor jenis CRT, sila beli monitor LCD baru anda tidak perlu menggunakan fungsi ClearType ini kerana ianya tidak berfungsi dengan baik.



«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

2 komen:

  1. @NDSnap: boleh je. kan aku dah tulis kat atas tuh =p

    ReplyDelete