Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik


Jika anda berkunjung ke laman utama atau menggunkan enjin carian Google pada hari ini, anda mungkin menyedari bahawa terdapat perbezaan pada enjin carian popular ini. Setelah lebih dari 6 bulan ujian dibuat, akhirnya antaramuka baru Google sedia dilancarkan pada semua.

Antara perubahan yang ketara ialah:
- Logo Google nampak lebih besar dan warna yang lebih cerah.
- Kotak carian yang lebih besar.
- 'Left-panel navigation' atau sidebar di bahagian kiri  pada halaman carian.
- Penambahan icon membuatkan halaman carian lebih menarik.
- Semua 'hyperlink' tidak lagi mempunyai garis bawah kecuali pada tajuk.
- Design pada 'footer' disesuaikan dengan logo baru.

Wajah baru Google


Untuk mengetahui lebih lanjut sila tonton video dibawah:



Sumber: Google Blog


+ Peningkatan persaingan dari Microsoft BingYahoo dan beberapa enjin carian lain kebelakangan ini, mendorong Google untuk memberikan lebih banyak pilihan dan inovasi dalam keputusan enjin carian mereka dan perubahan ini dikatakan adalah tepat pada masanya.
+  Jika anda lebih selesa menggunakan antaramuka Google yang lama, boleh ke halaman Google’s Old Look. Seterusnya anda boleh membuat bookmark pada halaman tersebut dengan menekan kekunci Ctrl+D, bagi memudahkan akses setiap kali ingin membuat carian pada masa akan datang.



«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

2 komen:

  1. Yayy! mmg menarik enjin carian google tp saya jarang laman web google sbb guna chrome .. cuma taip kat browser tab tu je utk search :)

    tapi ini mmg usaha yag hebat dari Google

    ReplyDelete