Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik


Plugin membolehkan anda memainkan video, animasi dan permainan pada browser anda. Walaubagaimanapun, plugin tidak dikemaskini secara automatik. Plugin yang tidak 'up to date' boleh memberi risiko kepada keselamatan komputer anda dan juga kestabilan plugin itu sendiri yang mengakibatkan 'browser crash' atau terganggu.

Mozilla telah memperkenalkan Mozilla Plugin Check pada Oktober 2009 untuk memaklumkan pengguna web browser Firefox tentang kemaskini plugin. Kini, Mozilla Plugin Check telah dipertingkatkan untuk menyokong web browser popular lain seperti Google Chrome, Internet Explorer dll

Anda hanya perlu ke halaman Mozilla Plugin Check dan automatik ianya akan scan dan kenalpasti semua plugins yang di-install pada komputer anda seterusnya akan memaparkan keputusan samaada plugins  adalah  versi terbaru atau perlu dikemaskini.  Anda disarankan untuk mendapatkan versi terbaru dengan menekan butang update dan anda akan dibawa ke halaman pembangun plugin terbabit untuk di muatturun.

Antara plugin yang biasa seperti Adobe Reader, Adobe Flash, Quicktime,  Java, Shockwave Flash, DivX, Windows Media Player, RealPlayer dll.

Mozilla Plugin Check turut menyokong web browser popular lain

Tiga status yang berbeza dipaparkan:
Up To Date - versi terbaru plugin dipasang.
Update - plugin perlu dikemaskini.
Research - plugin tidak dapat dikenalpasti.


Link: Mozilla Plugin Check

* Bagi pengguna Firefox, anda juga boleh ke menu Tools > Add-ons | Plugins dan tekan Find Updates.



+ Anda juga boleh melayari laman web untuk mencari dan memuat turun software bagi mendapatkan kemaskini software di komputer anda.
+ Selain itu, terdapat juga software percuma seperti FileHippo Update Checker, Secunia PSI, Update Notifier, Software Informer, SUMo, CNET TechTracker dll yang berfungsi memberi peringatan jika terdapat kemaskini software yang telah di-install di komputer anda.



«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

1 komen: