Tukar Warna Butang Back dan Forward pada Windows Explorer


Jika anda pernah menggunakan Windows XP dan kini menggunakan Windows Vista atau Windows 7, pastinya anda perasan akan perubahan antaramuka yang dibuat Microsoft supaya ianya kelihatan lebih menarik sekaligus membezakannya dengan Windows XP. 

Pada Windows Vista/7, butang back dan forward (navigation button) di Windows Explorer menggunakan warna biru. Jika anda ingin menukar warna tersebut kepada warna kegemaran anda atau ingin menyesuaikan warnanya dengan theme atau wallpaper yang anda gunakan, satu tool yang dipanggil Vista-7 Nav Button Colorizer boleh membantu anda.

Vista-7 Nav Button Colorizer menyediakan 9 pilihan warna iaitu biru (asal), hijau, jingga, pink, ungu, merah, kuning, biru dan hitam. Ianya adalah portable application dimana anda tidak perlu install untuk menggunakannya. Untuk menukar warna, anda hanya perlu menggerakkan slider ke kiri atau ke kanan untuk memilih warna yang diingini dan tekan butang Apply Color dan secara automatik ia akan restart explorer.exe (toolbar dan windows explorer akan hilang buang seketika) dan warna baru yang anda pilih akan kelihatan.  Anda juga boleh mengembalikannya kepada warna asal. Jika warnanya tidak bertukar, anda perlu restart komputer anda seperti biasa.



Vista-7 Nav Button Colorizer made by Vasanrulez@Deviantart
[Download] - size: 3MB



+ Tool ini boleh digunakan pada Windows Vista dan Windows 7 sahaja.
+ Hanya boleh digunakan pada sistem 32-bit (X86)
+ Sesetengah Antivirus (Avira salah satu daripadanya - aku teka jer! haha)  akan detect tool ini mengandungi malware kerana cuba membuat pengubahsuaian pada system file. SILA ABAIKAN. Tool ini adalah selamat dan tidak mengandungi malware.

2 Comments

Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال