Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik

Pastinya ramai blogger akan menekan butang preview beberapa kali untuk melihat entri yang ditulis sebelum berpuas-hati seterusnya menekan butang publish untuk tatapan pembaca. Blogger-in-Draft baru sahaja mempertingkatkan ciri preview yang membolehkan anda untuk melihat bagaimana entri anda benar-benar kelihatan setelah di publish -WYSIWYG preview. Ciri ini sudah lama digunapakai oleh platfom Wordpress.

Untuk melihat fungsi ini anda boleh pergi ke ruangan post dan klik di butang preview dan satu tab baru akan dibuka, format dan style yang sama seperti tema yang digunakan blog anda. Jika sebelum ini, ruang preview pada blogger post terlalu kecil dan tidak kemas. Walaubagaimanapun, fungsi baru ini hanya akan kelihatan jika anda menggunakan blogger-in-draft.



Sumber: Better Post Preview | Blogger-in-draft


+ Terdapat sedikit bug seperti perenggang kadang-kadang tidak berapa tepat. Mungkin akan diperbaiki pada masa akan datang. Walaubagaimanapun, fungsi baru ini jauh leih baik daripada sebelumnya.



«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

4 komen:

  1. ha'ah, tadi waktu tengah taip entri ni saya cari butang preview tak jumpa..naik gelabah jugak..last2 ada kat bawah..hahah

    ReplyDelete
  2. @Fina Fento: haha. tula pasal. tiba2 hilang kat atas tuh

    ReplyDelete