Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik

Seperti semua sedia maklum, demam Piala Dunia kembali lagi. Acara terbesar sukan dunia, Piala Dunia 2010 Afrika Selatan anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu yang bermula pada 11 Jun lalu dan perlawanan akhir pada 17 Julai depan, pastinya ramai yang sanggup bersengkang mata menantikan siaran langsung pasukan kegemaran masing-masing. Segalanya Bola!

Di sebalik kemeriahan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, beberapa acara sukan utama dalam dan luar negara berlangsung melibatkan atlet-atlet negara kita. Kita lihat mereka yang berjaya :D

Sukan Malaysia, SUKMA XIII Melaka 2010

Tarikh: 10-19 Jun 2010
Moto: Harmoni dan Cemerlang
Logo dan Maskot SUKMA XIII Melaka 2010

Keputusan dan Pungutan Pingat

 

Juara Keseluruhan:

Terengganu: 47 Emas, 30 Perak, 43 Gangsa

 

Olahragawan:

J. Karthik (Melaka) - 3 Emas

 

Olahragawati / Pemenang Pingat Tertinggi (Wanita):

Chan Kah Yan (W.Persekutuan) - 7 Emas, 2 Perak

Pemenang Pingat Tertinggi (Lelaki):

Mohd Hanizam Ramli (Perlis) - 5 Emas, 2 Perak


+ 10 rekod kebangsaan dan 90 rekod kejohanan telah dicipta pada temasya kali ini
+ Pahang akan menjadi tuan rumah SUKMA ke-14 pada 2012.


ACC Track Asia Cup 2010

Tarikh: 12 -14 Jun 2010
Tempat: Hakodate, Jepun
Web rasmi: http://www.acctrack-asiacup.com/

Pecut Individu
Perak - Mohd Azizulhasni Awang

Pecut Berpasukan
Emas - Malaysia (Mohd. Azizulhasni Awang, Mohd. Rizal Tisin dan Muhammad Edrus Md Yunos)

Keirin
Emas -  Mohd Azizulhasni Awang
Gangsa - Muhammad Edrus Md Yunus



Yonex Sunrise India Open 2010 Grand Prix Gold 2010

Tarikh: 08-13 Jun 2010
Tempat: Chennai, India
Web rasmi: http://www.badmintonindia.org/
Beregu Lelaki
Emas - Mohd. Fairuzizuan Tazari dan Mohd. Zakry Latif

Perseorangan Wanita
Perak - Wong Mew Choo


[Update]
2010/06/27: Pemain perseorangan negara, Lee Chong Wei, menjuarai badminton Terbuka Indonesia  2010 selepas menewaskan bintang Indonesia, Taufik Hidayat di Stadium Tertutup Istora Senayan, Jakarta, Indonesia.



+ Kemaskini: 27 Jun 2010
+ Tahniah kepada semua pemenang. Teruskan berjuang mengharumkan nama negara. Majulah sukan untuk negara! Malaysia Boleh!



«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

1 komen: