Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik


 Update: Webmail Notifier kini dikenali dengan nama X-Notifier

Adakan anda memeriksa akaun email anda setiap kali online untuk melihat mesej terbaru? Ianya pasti sedikit merumitkan jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun email dan tambah mengecewakan jika tiada mesej baru dalam inbox anda. Oleh itu, untuk memudah dan menjimatkan masa, pengguna Firefox boleh menggunakan add-on X-Notifier.

X-Notifier merupakan add-on yang membolehkan anda mengetahui status email sama ada terdapat email baru atau tidak. Ianya menyokong Gmail, Yahoo, Hotmail, AOL dan bebetapa perkhidmatam email popular lain, sekaligus amat memudahkan terutamanya jika anda mempunyai akaun email dari webmail yang berbeza.


Pop-up akan muncul untuk memberitahu anda jumlah email yang belum dibaca atau yang baru diterima. Anda juga boleh mengakses akaun email secara terus dari menu X-Notifier tanpa perlu login terlebih dahulu.

Untuk menggunakan X-Notifier, anda terlebih dahulu perlu mengisi email dan butiran di bahagian Options dan menetapkan tempoh masa untuk ianya menyemak akaun email anda (check interval). Anda juga boleh menetapkan bunyi apabila terdapat email baru.




:: Download X-Notifier - Add-ons for Firefox


Bagi pengguna Chrome, Safari atau Opera pula, anda boleh dapatkan addons/extension di laman X-Notifier

+ Pada browser Firefox, X-Notifier menggunakan Firefox Password Manager. Jika anda berkongsi komputer, untuk langkah keselamatan, anda boleh disable auto login dan set master password pada Firefox di menu Tools » Option | Security




«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

4 komen:

  1. memang best kalau untuk akaun email yang berlambak haha

    ReplyDelete
  2. :) tQ tuk tunjuk ajar ye.. :) da blh tukar da.. tQ sgt!!!

    ReplyDelete