Dapatkan Wallpaper dari Tema Windows 7 Tanpa Perlu Install Theme


Adakah anda masih menggunakan Windows XP atau Vista tetapi menyukai wallpaper yang terdapat di Windows 7 Theme? Ataupun anda telah menggunakan Windows 7 tetapi anda tidak mahu install theme itu sebaliknya hanya mahu mendapatkan wallpaper sahaja? Berikut ialah cara mendapatkannya :D

Sebelum itu, dapatkan koleksi theme Windows 7 pilhan anda di Windows Personalization Gallery.

Cara 1: Extract menggunakan 7-zip

Hanya klik kanan (right-click) pada theme, pilih 7-zip dan Extract to "Nama theme". Pastikan anda telah install 7-zip terlebih daulu. [Download]


Cara 2: Extract menggunakan Windows built-in ZIP, WinZip atau WinRAR

Anda perlu menukar extension  .themepack  kepada  .cab terlebih dahulu. Caranya:
1. Rename (klik kanan pada theme dan pilih rename).
2. Tukar file "nama theme".themepack (cth: SurrealTerritory.themepack) kepada "nama theme".cab (cth: SurrealTerritory.cab) . 
3. Seterusnya klik kanan untuk extract seperti biasa.
*Anda perlu buang tick (untick) pada 'Hide extension for known file types' di Folder Option terlebih dahulu sebelum rename file.


Folder baru mengikut nama theme akan dihasilkan selepas selesai process extract tadi.  Buka folder tersebut dan terdapat folder DesktopBackground yang mengandungi wallpaper bagi tema tersebut. Anda boleh membuang file lain yag terdapat dalam folder extract tersebut, hanya ambil wallpaper sahaja.

Sekian. Diharap ia dapat membantu. Selamat mencuba! :D



+ Pengguna Windows Vista (menyokong Aero glass), juga boleh menggunakan Windows 7 Theme. Install file 'nama tema.theme' yang terdapat di dalam folder yang telah di extract.

5 Comments

  1. singgah balik..:)

    byk nye tips kt sini..nk bljr gk...

    ReplyDelete
  2. wah..sangat suke dgn wallpapers kat windows 7..
    =)

    ReplyDelete
  3. salam ziarah dari akak yer

    ReplyDelete
  4. kom tak jadi lembab ke??bole try ni..

    Post Terhangat...
    Manusia Beruang(Versi Gila Babi)

    ReplyDelete
  5. @pidut: tak. bukan guna theme pun. cuma ambil wallpaper.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال