Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik


CCleaner; antara software yang perlu ada dalam komputer anda - perisian popular percuma yang berfungsi untuk mengekalkan prestasi sistem komputer di tahap yang terbaik. Ia membuang browsing history, temp/junk files yang tidak berguna sekaligus menjimatkan penggunaan hardisk. Registry Cleaner pula berfungsi mencari dan memperbaiki registry error pada komputer anda. Ccleaner juga menyediakan Tools tambahan iaitu Unnistall, Startup, System Restore dan terbaru Drive Wiper. CCleaner amat ringan, pantas dan mudah digunakan.


CCEnhancer (dulunya CCleaner Enhancer) - portable program yang memberi nilai tambah kepada CCleaner dengan menambah lebih 500 program baru ke dalam senarai application pada CCleaner bagi tujuan pembersihan sekaligus memastikan sistem komputer anda bersih dari file yang tidak diperlukan. CCEnhancer menyokong CCleaner versi penuh dan portable.


Untuk menggunakannya, klik pada butang 'Download Latest' dan CCEnhancer akan memuatturun senarai aplikasi tambahan untuk dimuatkan ke dalam CCleaner. Pengguna CCleaner versi portable perlu klik pada Extra | Install for Portable CCleaner dan cari folder dimana ccleaner.exe ditempatkan secara manual.
**Pengguna Windows Vista , Windows 7 , perlu 'run the program as administrators' (klik kanan dan run Enhancer as Administrator) jika ianya tidak berfungsi.

Selepas selesai,  CCleaner akan menyokong aplikasi tambahan untuk pembersihan. Anda boleh lihat  aplikasi baru yang ditambah pada tab Application pada CCleaner (ada tanda * dihadapan). Walaubagaimanapun, bukan kesemua aplikasi baru yang ditawarkan akan disenaraikan disitu, sebaliknya hanya program yang telah di-install dalam komputer anda sahaja. 

Antara program yang disokong ialah FeedDemon, Foxit PDF Reader, Internet Download Manager, VLC, Winamp, uTorrent, Yahoo Messenger, WinRAR, Windows Update Logs, Windows Live Messenger,  IMGBurn, dan banyak lagi. Untuk senarai penuh aplikasi baru yang ditambah oleh CCEnhancer, boleh dilihat pada file winapp2.ini di CCleaner installation folder (biasanya C:\Program Files\CCleaner).

Anda juga perlu mengemaskini senarai aplikasi dari masa ke semasa dengan CCenhancer  kerana mungkin terdapat perubahan pada senarai aplikasi apabila versi terbaru CCleaner dikeluarkan.


Download - CCEnhancer

Download - CCleaner


Nota: CCleaner - Full Installer menyediakan tambahan Ask.com toolbar. Hanya buang tick pada kotak semasa proses pemasangan umtuk mengelakkan ianya di-install bersama atau anda boleh terus download  CCleaner - Slim (tiada toolbar).

+ Selain CCleaner, anda juga boleh mencuba Advanced SystemCare, utilities software yang fungsinya hampir sama seperti CCleaner mahupun TuneUp Utilities, dengan tambahan pelbagai lagi aplikasi dan fungsi.


Selamat mencuba :D



«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

6 komen:

  1. owh.. bole tambah ek. makin power ler ccleaner camnih..
    thanks ya!

    ReplyDelete
  2. salam ziarah...

    dijemput menjadi follower sy k

    ReplyDelete
  3. Jap2. Tak faham. Kiranya CCEnhancer ni application lain la? Dia tak sekali dengan CCleaner ke pe?

    ReplyDelete
  4. @Siti Nurhuda Husna Zulkarnain:
    Yup! Program lain yang digunakan untuk menambah application baru pada CCleaner. Maknanya, kena install CCleaner dulu, kemudian baru run CCEnhancher. CCenhancer ini portable program (tidak perlu install), run sekali sahaja untuk kemaskini application baru, kemudian boleh guna CCleaner macam biasa.

    ReplyDelete