Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik


Kemaskini: Ogos 2014
Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia kali ke-57, marilah kita sama-sama menzahirkan rasa cinta kepada negara kita, Malaysia dengan mengibarkan bendera kebangsaan kita, Jalur Gemilang. Jangan jadikan kesibukan bekerja atau belajar sebagai halangan mahupun alasan untuk tidak turut sama memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan sempena memperingati semula detik kemerdekaan negara yang dicapai pada tanggal 31 Ogos 1957.

Logo

Bagi tahun 2014 ini, seperti yang dapat dilihat dibahagian header di atas, logo blog KFZoom ditukar dengan sentuhan warna Jalur Gemilang. Bentuk "hati" atau "love'"sebagai tanda cinta pada Negaraku, tanah tumpahnya darahku, Malaysia dan tulisan "Merdeka 57" sempena sambutan kemerdekaan kali ke-57. 

Logo Hari Kemerdekaan ke-57

Tema: MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


Widget

Di bahagian kanan bawah pula, ditambah pula widget kartun budak lelaki berbaju Melayu memegang Jalur Gemilang. Kartun ini diambil dari galeri deviantArt ashran86 yang juga banyak menghasilkan kartun dan komik yang menarik.

Jika mahu letak di blog anda, ini kodnya :D
<div style="position: fixed; bottom: 0px; right: 2px;"><a href="http://bit.ly/cwwydr"><img alt="Merdeka" src="http://4.bp.blogspot.com/_1ZzAMhlB8a8/THGmbfVeQDI/AAAAAAAAAsk/WWTDGYnESXc/s1600/merdeka-kfzoom.png" height="199" width="150" /></a></div>


Merdeka Wallpaper

Seterusnya, untuk penghias desktop PC kesayanganku,  dengan menggunakan Adobe Photoshop CC, aku telah membuat satu wallpaper sempena hari kemerdekaan ke-57/2014. Sekadar hasil kerja seorang amatur.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57 | 31 Ogos 1957 - 2014

- Design berasaskan typography, mengunakan font VAL Stencil dan berlatarbelakang Jalur Gemilang.
- Menggunakan software Adobe Photoshop CC dan masa diambil untuk menyiapkannya kira-kira 45 minit.  

Sesiapa yang berminat untuk dijadikan wallpaper desktop / laptop anda atau mahu kongsi dengan kawan-kawan, link download ada disediakan dibawah  :D

Download
- Widescreen (16:10) | 1440 x 900 | 1280×800
- Fullscreen (4:3) |  1280×960 | 1028 x 768
- Fullscreen (5:4) | 1280x1024
- Netbook / Mobile | 1024x600


Merdeka Avatar (Malaysia Wave)

Sertakan bendera Malaysia pada avatar (profile picture) anda di Facebook dan Twitter. Nyatakan sokongan anda pada Malaysia Wave - dihasilkan oleh saudara @shamhardy.



Portal Malaysia Merdeka

Untuk keterangan lanjut mengenai Sambutan Kemerdekaan Malaysia, anda boleh layari laman web interaktif malaysiamerdeka.gov.my. Antara maklumat yang disediakan ialah:
- Muaturun logo, lirik dan lagu 1Malaysia.
- Sejarah kemerdekaan Malaysia, tokoh dan pemimpin negara dan galeri gambar.
- Pencapaian negara dalam bidang teknologi, sukan, pertanian, pendidikan dll.
- Program dan akitiviti sempena sambutan kemerdekaan dan banyak lagi.


Anda pula bagaimana? Jom sama-sama memeriahkan sambutan kemerdekaan!



«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

7 komen:

  1. nice sharing..
    selamat menyambut merdeka

    ReplyDelete
  2. smart kartun tu..da amik letak kat blog..
    macehhhhhhhhh2

    ReplyDelete
  3. merdeka merdeka merdeka..

    smgt kebangsaan niii..berbangga jd rakyat malaysia nii

    ReplyDelete