Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik


Adakah anda tahu, anda boleh bermain permainan ular (snake) di pemain video YouTube semasa menonton video atau sementara menunggu video loading sepenuhunya? Hanya tekan anak panah ke kiri pada keyboard anda beberapa saat. ZoOm! Anda boleh mula bermain sekarang! Gunakan anak panah pada keyboard untuk mengawal permainan. Jaga-jaga jangan sampai berlanggar :p

Play Snake Game on YouTube

Walaubagaimanapun, trick ini hanya berfungsi pada pemain video YouTube yang baru iaitu video yang tidak mempunyai iklan atau text annotation.  Ianya juga tidak berfungsi pada embedded video. Contoh video untuk mencubanya anda boleh ke sini , sini atau sini untuk bermain sambil mendengar lagu What you waiting For - Mizz Nina feat.Colby O'Donis  :D

Setakat ini, belum diketahui bilakah permainan ini telah disembunyikan di pemain video YouTube dan sampai bilakah ianya akan terus dikekalkan seperti sekarang.



+ Selain di YouTube, permainan yang dikenali sebagai "old Snakey" turut boleh dimainkan di dalam Gmail melalui fungsi tambahan pada Gmail Labs.
+ Google sebelum ini memperlihatkan Google Doodle versi Pacman yang boleh dimainkan di halaman utama mereka sempena meraikan ulangtahun ke-30 Pacman (kini masih boleh dimainkan di Google/pacman)



«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

3 komen:

  1. wahh sejak bile pulak neh..punye la saye ingt utube utk tgk vid jew.huhuh...lepasne ade farmville lak kat sane hehe

    ReplyDelete
  2. la..baru tau..x sangka pulak ada funtion ni kat youtube..

    ReplyDelete