Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik


OK. Benda ini sudah lama, tapi bagi mereka yang belum tahu, EA telah menawarkan C&C: Tiberian Sun (1999) + Firestorm (2000) extension untuk di download dan dimainkan secara percuma. Ini merupakan salah satu usaha EA mempromosikan judul terkini permainan strategi Command & Conquer 4: Tiberian Twilight.

Sebelum ini, EA pernah menawarkan perkara yang sama bagi judul C&C: Red Alert (1996) sempena merayakan ulang tahun ke-13 siri permainan C&C. Sehingga kini, C&C: Red Alert dan C&C: Tiberian Dawn masih boleh di-download dan dimainkan secara percuma.



Anda boleh mendapatkan ketiga-tiga siri C&C Classic iaitu, C&C: Tiberian Sun + Firestorm, C&C: Tiberian Dawn dan C&C: Red Alert di laman web EA Command & Conquer Classic secara percuma.

C&C: Tiberian Sun (Full) versi 2.03 turut menyokong Windows 7. Saiznya agak besar iaitu 1.2GB tetapi berbaloi untuk dimainkan tanpa sebarang kos. Bagi mereka yang bosan tidak tahu nak main game apa, boleh  download dan main antara siri game permainan strategi yang popular ini. Layan juga woo!

Mission Completed!



«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

1 komen:

  1. Downloading...
    thanks for sharing :)

    ReplyDelete