Senarai Pungutan Pingat Malaysia Sukan Komanwel Delhi 2010


Sukan Komanwel XIX Delhi 2010

Tempat: New Delhi, India
Tarikh: 03 -14 Oktober 2010
Motto: Come out and play
Maskot: Shera
Negara bertanding: 71 negara Komanwel
Atlet bertanding: 6081 orang
Acara: 17 acara sukan
Stadium Utama: Jawaharlal Nehru Stadium
Website: cwgdelhi2010.org

Malaysia menghantar 199 atlet dalam 14 acara sukan iaitu akuatik, angkat berat, badminton, berbasikal, gimnastik, hoki, boling padang, memanah, menembak, olahraga, ping pong, skuasy, tinju, ragbi tujuh sebelah serta tiga acara paralimpik (renang, olahraga dan powerlifting).


Jumlah Pungutan Pingat dan Senarai Pemenang Pingat Malaysia di Sukan Komanwel XIX Delhi 2010


Emas - 12

  1. Amirul Hamizan Ibrahim - Angkat Berat (56 kg)
  2. Aricco Jumith - Angkat Berat (62 kg)
  3. Josiah Ng - Basikal Trek (Keirin)
  4. Badminton (Berpasukan)
  5. Nicol David - Skuash (Perseorangan Wanita)
  6. Nur Suryani Mohammed Taibi, Nur Ayuni Halim - Menembak (10m Air Rifle Wanita Berpasangan)
  7. Pandelela Rinong - Akuatik (Terjun 10m Platform)
  8. Bibiana Ng - Menembak (10m Air Pistol Perseorangan Wanita)
  9. Koo Kien Keat, Chin Eei Hui - Badminton (Beregu Campuran)
  10. Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Gelung)
  11. Lee Chong Wei - Badminton (Perseorangan Lelaki)
  12. Koo Kien Kiat, Tan Boon Heong - Badminton (Beregu Lelaki)

    Perak - 10

    1. Mohd Rizal Tisin - Basikal Trek (1,000m Ujian Masa Individu)
    2. Naharudin Mahayudin - Angkat Berat (62 kg)
    3. Hasli Izwan Amir Hassan, Hafiz Adzha - Menembak (25m Rapid Fire Pistol Berpasangan)
    4. Hasli Izwan Amir Hassan - Menembak (25m Rapid Fire Pistol Individu)
    5. Memanah (Recurve Berpasukan Lelaki)
    6. Nur Ayuni Halim - Menembak (10 meter Air Rifle Individu)
    7. Leong Mun Yee, Pandelela Rinong - Akuatik (Terjun 10m Platform Seirama)
    8. Nor Hashimah Ismail, Zuraini Khalid - Boling Padang (Berpasangan Wanita)
    9. Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Bola)
    10. Wong Mew Choo - Badminton (Perseorangan Wanita)

      Gangsa - 14

      1. Raihan Yusoff - Angkat Berat (53kg)
      2. Edward Khor,  Benjamin Khor - Menembak (Double trap)
      3. Bibiana Ng - Menembak (25m Pistol Individu)
      4. Muhammad Hafifi Mansor  - (69 kg)
      5. Ping Pong (Berpasukan Wanita)
      6. Basikal Trek (Pecut Berpasukan)
      7. Nur Suryani Mohammed Taibi - Menembak (10m Air Rifle Individu)
      8. Boling Padang (Regu Lelaki)
      9. Bryan Nickson, Yeo Ken Nee - Akuatik (Terjun 3m Papan Anjal Berirama)
      10. Ong Beng Hee, Datuk Nicol David - Skuash (Beregu Campuran)
      11. Bryan Nickson - Akuatik (Terjun 10m Platform)
      12. Elaine Koon - Gimrama (Individu All-Around)
      13. Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Tali)
      14. Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Riben)
        *Kemaskini: 14.10.2010 - 09.00pm.


        + Malaysia di tangga ke-7 keseluruhan pungutan pingat dengan 12 Emas, 10 Perak dan 14 Gangsa.
        + Tahniah kepada semua pemenang pingat dan atlet negara kerana berjaya mencapai sasaran 10 pingat Emas di Sukan Komanwel Delhi 2010.

        Majulah sukan untuk negara. Malaysia Boleh!
        Previous Post Next Post

        Promosi Menarik Untuk Anda

        نموذج الاتصال