Tips Menggunakan Goo.gl dan Bit.ly URL Shortener


Servis pemendek URL yang berfungsi meringkaskan alamat URL yang panjang kini semakin popular. Ianya banyak digunakan di Twitter bagi menjimatkan ruang pada tweet, untuk berkongsi link , supaya nampak lebih kemas selain terdapat fungsi tambahan seperti statistik.

Terdapat banyak penyedia perkhidmatan pemendek URL, tetapi kali ini, aku ingin berkongsi antara tips atau cara mudah menggunakan pemendek URL bagi 2 penyedia servis URL shortener iaitu Goo.gl dan Bit.ly.

Goo.gl - Google URL Shortener


Google akhirnya melepaskan servis pemendek URL mereka kepada umum. Sebelum ini, servis yang dilancarkan pada akhir tahun lepas ini telah digunakan pada perkhimatan Google yang lain seperti FeedBurner, Google News, Blogger.

Goo.gl lebih pantas berbanding penyedia pemendek URL yang lain dan juga menawarkan statistik bagi setiap URL yang dipendekkan selain turut didatangkan dengan fungsi keselamatan untuk mencegah malware dan spam.

i - Anda boleh menggunakan servis ini di goo.gl atau menggunakan Firefox addons goo.gl lite dan Google Chrome extension goo.gl URL Shortener.

ii - Tambah .info pada hujung sebarang goo.gl URL untuk melihat statistik seperti total click, traffic sources, referrers dan visitor profile (countries, browsers and platforms). Contoh: http://goo.gl/ip7H.info

iii - Tambah .qr pada hujung Goo.gl URL untuk mendapatkan QR code. Contoh: http://goo.gl/ip7H.qr

Bagi penguna goo.gl yang sudah log in ke akaun Google, anda boleh melihat senarai URL history pada laman utama Goo.gl.


Bit.ly - a simple URL Shortener


i - Langkah mudah untuk memendekkan URL menggunakan servis Bit.ly. Anda tidak perlu masuk ke laman bit.ly terlebih dahulu, hanya tambah bit.ly/ di depan URL yang ingin dipendekkan terus pada address bar. Pada halaman seterusnya, hanya klik butang 'shorten' untuk mendapatkan URL yang telah siap dipendekkan.  Contoh: bit.ly/http://kfzoom.blogspot.com/

ii - Tambah simbol + pada hujung bit.ly URL untuk melihat statistik berapa kali link anda telah di-klik dan beberapa info lain. Contoh: http://bit.ly/aZbCQd+


Itu sahaja. Harap tips ringkas ini dapat membantu :D

3 Comments

  1. satu tips yang menarik..
    tak pernah lagi guna Google punya servis untuk pendekkan URL

    ReplyDelete
  2. aku biasa pendekkan URL pakai visibli.. takpon pakai ow.ly (aku pengguna tegar hootsuite)

    ReplyDelete
  3. Lagi senang nak guna especially nak check stats. Nice tips =)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال