Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat - Try it. Love it. Share it!


Ubuntu merupakan perisian sumber terbuka (open-source) iaitu perisian percuma sebagai alternatif kepada sistem operasi Windows. Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat, sistem operasi terbaru dari Canonical telah dikeluarkan pada hari Sabtu, 10/10/10. Ianya membawakan banyak peningkatan dari versi utama sebelumnya, Ubuntu 10.04 Lucis Lynx LTS.

Bagi mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan dengan sistem operasi Linux/Unix, Ubuntu dikatakan adalah pilihan terbaik dimana ianya lebih mudah dan mesra pengguna berbanding distro Linux yang lain.

Versi baru Ubuntu dikeluarkan setiap 6 bulan (2x setahun). Nombor versi diambil daripada tahun dan bulan ianya dikeluarkan. Contohnya, versi pertama Ubuntu ialah Ubuntu 4.10 (Warty Warthog) yang dikeluarkan pada 20/10/2004.


Secara ringkas antara ciri-ciri baru bagi Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat ialah:
1. Ubuntu 10.10 mempunyai tiga versi iaitu Desktop, Netbook (interface baru; Unity) dan Server.
2. Ubiquity Installer yang dipertingkatkan lebih mesra pengguna dan memudahka proses installation/setup. Ia juga lebih cepat dan boleh dibiarkan 'run' tanpa pengawasan sehingga proses setup selesai sama sepertimana proses setup pada Windows.
3. Ubuntu Software Center yang dipertingkatkan; interface, kategory, history tab, Debian (.deb) dll.
4. Wallpaper dam Tema baru; Ambience.
5. Sound menu baru; Integrated Rhythmbox controls.
6. Fonts baru sebagai 'default system font'.
7. Menyokong teknologi Multi-touch.
8. Shotwell; photo editor.
9. Software 'for purchase' untuk pengeluar software.
10. Ubuntu One dengan sokongan pada iPhone dan Android.

Untuk keterangan lanjut berserta screenshot fungsi dan software pada Ubuntu 10.10, anda boleh layari Ubuntu.com [ Desktop | Netbook ]


Sebelum ini, aku pernah menerima CD Ubuntu 9.04 Desktop Edition dan CD Ubuntu 10.04 Desktop Edition dari Canonical. Aku sengaja memesan CD Ubuntu untuk dijadikan koleksi memandangkan ianya adalah percuma. Tetapi bagi kali ini, pesanan CD Ubuntu 10.10 telah penuh dan perlu menunggu ianya dibuka kembali. Jadi tidak mahu menunggu terlalu lama, terpaksa download.
Ubuntu 10.10 CD and Wallet Artwork

Pesan CD Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat (Percuma) - shipit.ubuntu.com
Anda perlu Register/Log ini terlebih dahulu. Tiada sebarang caj dikenakan., Percuma! Penghantaran akan mengambil masa dalam 5-6 minggu.

atau anda boleh terus download file .iso Ubuntu
Download Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat - ubuntu.com/getubuntu/download (694MB)

Jika anda sedia menggunakan Ubuntu 10.04,  gunakan Update Manager iaitu dengan membuka Command Box (ALT ++F2) dan taip "update-manager -d" untuk mengemaskini sistem operasi anda. Tetapi proses ini mungkin mengambil masa yang lama bergantung kepada kelajuan internet anda.

+ Untuk mengetahui mempelajari dan mendapatkan info berkaitan Ubuntu dengan lebih lanjut, anda boleh ke blog Ubuntu/Linux berbahasa Melayu seperti Melayubuntu dan Linux Malaya.
Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال