Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik



Lagu Aci-aci Buka Pintu (dari filem Nasib Labu Labi - 1963) nyanyian Pop Shuvit dan Dina Nadzir (Dina Malaysian Idol) ini adalah salah satu lagu yang dimuatkan dalam album kompilasi Tribute P.Ramlee. Di Mana Kan Kucari Ganti: Satu Indiepretasi.


Lirik lagu Aci-aci Buka Pintu - Pop Shuvit ft Dina Nadzir


Abang-abang buka pintu
Adik balik hai pukul satu
Adik takut burung hantu
Tolong bawa tongkat semambu

Adik-adik lekas pulang
Abang takut tinggal seorang
Belakang rumah ada jembalang
Mata sepet hidungnya belang

#Rap
Pulanglah oh Pulang
Adik lekas pulang
Abang seorang disini
Fikiran melayang-layang

Alahai bukan kepalang
Seksanya bila berenggang
Alahai asyik terkenan
Kelibatmu seorang

Seksanya aku menanggung rindu
Tak sabar rasanya ingin bertemu
Setiap hari aku menunggu
Seakan hilang separuh jiwaku

Rinduku bukannya sedikit
Bukannya boleh dilukis
Bukan boleh dicalit
Bukannya rapuh seperti rakit
Bukannya tinggi setinggi bukit

(Woo Wooo)
Tak sabar abang menunggu tika
(Woo Wooo)
Sampainya masa kita kan bersama
(Woo Wooo)
Semula berdua tiada hujungnya
(Woo Wooo)
Pulanglah.. pulanglah

Abang-abang buka pintu
Adik balik hai pukul satu
Adik takut burung hantu
Tolong bawa tongkat semambu

Adik-adik lekas pulang
Abang takut tinggal seorang
Belakang rumah ada jembalang
Mata sepet hidungnya belang

Ku lukiskan angin sampaikan salam
Rindu hati yang semakin mendalam
Tujuh hari dan tujuh malam
Kurenung tilam mata tak terpejam

Puas bertemu didalam mimpi
Girang gembira tidak terperi
Apabila siang bertukar ganti
Rindu hati datang kembali

Ulang #Chorus

Abang-abang buka pintu
Adik balik hai pukul satu
Adik takut burung hantu
Tolong bawa tongkat semambu

Adik-adik lekas pulang
Abang takut tinggal seorang
Belakang rumah ada jembalang
Mata sepet hidungnya belang




«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda