Astro First Tonton Filem Terkini di Pawagam di Rumah Anda


Jika sebelum ini memperkenalkan Astro B.yond PVR, stesyen televisyen berbayar, ASTRO memperkenalkan sebuah lagi saluran baru iaitu Astro First yang menawarkan tontonan filem-filem baru di pawagam terus ke rumah anda. Astro First merupakan perkhidmatan pertama seumpamanya dan boleh dinikmati menerusi saluran Astro 480 bermula 13 Januari 2011.

Astro First - kini di pawagam dan di rumah anda

  • Astro First menawarkan tayangan filem-filem terbaru di pawagam iaitu selepas dua minggu ditayangkan di pawagam.
  • Bayaran sebanyak RM15.90 termasuk GST bagi setiap judul filem dan ia akan dicaj pada bil Astro semasa pelanggan.
  • 32 pilihan masa menonton untuk setiap filem membolehkan pelanggan menonton filem seberapa kerap yang mungkin dalam tempoh 48 jam (2 hari) selepas pembelian.

Rakyat Malaysia terutamanya pelanggan Astro kini mempunya alternatif untuk tidak perlu beratur panjang di kaunter tiket, kecewa apabila tiket habis mahupun mengharungi kesesakan lalu lintas setiap kali mahu menonton wayang di pawagam.

Astro First dalam masa yang sama memberi peluang kepada mereka yang tinggal di kawasan yang tidak mempunyai akses kepada pawagam untuk menonton filem-filem terkini yang diayangkan dipawagam. Secara ringkas, Astro First bakal merancakkan industri perfileman negara.




Cara Melanggan / Membuat Tempahan Filem di Astro First


1. Pergi ke media portal Astro First di Saluran Astro 480
 
2. Pilih filem kegemaran anda dengan menekan butang OK.
 
3. Tekan butang Biru (B) di alat kawalan jauh Astro untuk membeli.
 
Nota: Bagi pengguna Astro NJOI, anda perlu menambah nilai (topup) terlebih dahulu. Ikuti arahan tambah nilai NJOI anda di Channel 200. Atau jika anda menggunakan pembelian melalui Whatsapp, tekan link yang dihantar dan anda akan dibawa ke laman online banking untuk transaksi tambah nilai.
 
4. Cara dan kod pembelian melalui SMS atau Whatsapp akan dipaparkan di televisyen.
SMS. Taip [KOD FILEM] dan hantar ke 32999
Whatsapp. Taip [KOD FILEM] dan hantar ke 03 9543 3838. Anda akan diminta memasukkan Nombor Smartcard Astro anda. Seterusnya, balas 1 untuk pengesahan pembelian.
5. Filem yang ditempah boleh ditonton dalam tempoh masa lebih kurang 10 minit selepas pembelian.
 
6. Sila ke channel Astro First bagi filem yang dibeli untuk menonton sepertimana yang telah dipaparkan pada bahagian info filem tersebut. 
Channel Astro First adalah seperti berikut: 478, 483, 485, 488, 489, 491, 492, 493

Untuk maklumat lanjut dan senarai filem terbaru di Astro First layari laman web Astro First.

9 Comments

  1. ooo, kira macam ABO gak la ni kena byr,,
    cumanya dia cepat kuar kat tv je,,
    tapi syok la plak kan..

    Lagi Konfius Pasal Cerita Korea

    ReplyDelete
  2. Hoho..harap dapat kurangkan masa dekat pusat beli belah dan lebih masa untuk keluarga di rumah..

    ReplyDelete
  3. mmg ok je....kalau hari hujan,dpt tengok ke????

    ReplyDelete
  4. rugi kn kalau hari hujan.....jgnkn nak beli film kat astro first,rancangan basic pn x dpt tengok time hari hujan....tiap bulan byr untuk service yg buruk,t pe nak tmbah "wayang kat rumah" kalau siaran x clear time hujan.....fikir la ye,rugi tau byr every month!!!!

    ReplyDelete
  5. berubah la astro wo,ingt snang ke tiap2 bulan kna byar untuk cerita yg di ulang2..makn untung atas tu ja astro nie..fikir2kan dan slamat brubah kpada yg tdak membebankan org

    ReplyDelete
  6. weh kawan..sekurang kurang nye..tak payah nak adjust ariel kat atas tv tu..klau hujan ta payah nk tngok astro klau tak buleyh..owh kat tempat kau ari2 ujan ea..nk beli astro pun atas faktor kemampuan..klau tak mampu tak payah la beli..kan senang!!!

    ReplyDelete
  7. nape try nak on cite kat astro first tak bley?dah ikut step,tp xley pun

    ReplyDelete
  8. Tak payah tengk astro potong la kita semua pakat potong

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال