Google PageRank Januari 2011; Blog KFZoom Kini PR #1


Berita baik untuk blogger dan webmaster, Google PageRank, telah dikemaskini untuk pertama kalinya bagi tahun 2011. Berdasarkan corak bagi tahun-tahun sebelum ini, Google biasanya akan mengemaskini PageRank dalam tempoh 3 atau 4 bulan sekali, namun bagi kali ini, ia mengambil masa selama 9 bulan dimana kemaskini terakhir sebelum ini adalah pada bulan April 2010.

Jika anda masih baru dengan istilah PageRank, anda boleh rujuk artikel terdahulu untuk memahami Google PageRank serba sedikit melalui gambaran infographic.

Page Ranking

Blog KFZoom kini mendapat PageRank, PR #1, meningkat satu angka dari PR #0 sebelum ini. Aku  gembira dengan PR ini walaupun angkanya tidaklah setinggi manapun, sekurang-kurangnya aku dapat mengetahui prestasi blog ini dimata Google. PR #1 ini merupakan bonus bagi blog KFZoom. Sejak dimulakan pada Mac 2010, blog ini jarang dikemaskini, hanya mempunyai 1 - 3 entri baru sahaja setiap minggu dan sehingga kini hanya mempunyai 90 entri sahaja.

PageRank akan dikemaskini dalam masa beberapa hari ini dan segala kerja keras dan teknik SEO anda akan terjawab. Tahniah kepada semua pemilik blog yang berjaya meningkatkan mahupun mengekalkan pagerank blog masing-masing.


+ Sila kongsikan PageRank blog anda di bahagian komen. Anda gembira? Teruja? Kecewa? Sedih?

21 Comments

  1. wah tahniah....

    ReplyDelete
  2. Tahniah juga.. Aku dari tahun lepas, masih lagi PR #1, lebih2 lagi aku dah jadi malas nak update blog sekarang ni, haha..adeh

    ReplyDelete
  3. @tenangsudey, @acaPAWN7:
    Thanks. Kita geng blog PR #1 :D

    ReplyDelete
  4. wahh tahniah yer:)teruskan usaha:)blog sy still lagi same..tak tahulah kot2 lepas ni makin turun..heheh

    ReplyDelete
  5. @farah:
    Thanks. Kalau dapat maintain lepas ini pun dah cukup bagus.
    Wah! bertambah lagi seorang geng blog PR #1 komen dekat sini :D

    ReplyDelete
  6. ok ah..sy dh check..terkejut jgk.. PR #2.. :)~

    ReplyDelete
  7. @einz:
    Tahniah OhJobs dapat PR #2 :D

    ReplyDelete
  8. @Faizal Fredley:
    PR 0 sebab domain baru lagi.. tapi trafik mantap!

    ReplyDelete
  9. Tahniah sebab dapat ada improvement, dari PR0 ke PR1.

    ReplyDelete
  10. @GreenLava:
    Thanks. BloggerSentral lagi hebat PR4!

    ReplyDelete
  11. Wah..tahniah..PR ni naik tanpa kita sangka, kalau Google dah sayang senang je dia nak kasi..tahniah..

    ReplyDelete
  12. @rashid:
    Thanks. Tahniah juga Mini Rashid PR2 :D

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Tahniah! teruskan usaha :)


    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  14. Tahniah! Kalu mengikut kata cikgu2 internet, PR tak penting sebenarnya, backlink lagi penting..

    Backlink ni mempengaruhi kedudukan blog/website kita dalam ranking...

    ReplyDelete
  15. @yanmie:
    Thanks.
    Tahniah Yanmieonline pun naik PR3 dari PR2 :)

    @kerja sambilan:
    Yup. Cuma anggap PR ini sebagai bonus.
    Terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  16. Selamat... confratulation.. hopely more spirit for bloging :) Peace

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال