Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik


Pengguna Windows Genuine mahupun yang mengunakan crack/patch digalakkan untuk mendapatkan update windows terbaru secepat mungkin sebaik ia dikeluarkan untuk memastikan windows anda lebih stabil dan melindungi daripada serangan atau ancaman kepada sistem operasi komputer.

Microsoft akan mengeluarkan update/patch terbaru pada setiap hari Selasa kedua bagi setiap bulan (Microsoft Patch Day). Namun update akan dikeluarkan serta merta jika terdapat masalah kritikal yang perlu diatasi segera bagi melindungi pengguna Windows.

Selain update bagi sistem operasi Windows itu sendiri, pihak Microsoft turut menawarkan update bagi software keluaran Microsft seperti Internet Explorer, Microsoft Office, Microsoft Security Essential dan Windows Live.

Terdapat beberapa kategori update iaitu Critical Update dan Security Update bagi melindungi dan meningkatkan ciri keselamatan pada Windows, manakala Other Update pula untuk meningkatkan

Windows Update boleh diakses melalui:

  1. Start | Control Panel | System Security 
  2. Start | All Programs » Windows Update » Check for Updates
  3. Laman Microsoft Download.

Terdapat beberapa tetapanuntuk Windows Update (Windows Update | Change Setting) yang boleh dipilih iaitu:  
  • Install update automatically - Windows Update akan berjalan secara automatik apabila ada sambungan internet. 
  • Download update but let me chooese whether to install them - Proses pemasangan tidak akan berjalan secara automatik.
  • Check for update but let me chooese whether to download and install them  - Windows update akan memeriksa update terbaru namun tidak akan download dan install secara automatik.
  • Never check for updates - Mematikan fungsi automatik pada Windows Update


Selepas selesai proses download dan install beberapa update, anda mungkin diminta untuk restart komputer anda untuk melengkapkan proses Windows Update.

+ Selain update sistem operasi Windows, anda juga digalakkan untuk mengemaskini software di PC anda secara berkala. Kunjungi laman web carian software untuk mendapat versi terkini.
+ Anda juga boleh mengemaskini update terbaru bagi plugin browser anda dengan Plugin Check.




«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda