Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik


Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017

Tempat: Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh: Jun 2017
Tema: "Rising Together"(Bangkit Bersama)
Maskot: Harimau Malaya (Rimau)
Stadium Utama: Kuala Lumpur Sports City


Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-29 yang akan diadakan pada 2017, iaitu buat kali ke-enam selaku tuan rumah selepas kali terakhir Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun 2001. Sejak Sukan SEA yang pertama di Bangkok, Thailand pada 1959, Malaysia telah menjadi tuan rumah kejohanan itu pada 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.


Logo Sukan SEA ke-29 - Kuala Lumpur 2017

 

Logo Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Wau Bulan dipilih sebagai logo rasmi temasya Sukan SEA ke-29 - Kuala Lumpur 2017. Logo ciptaan Mohd Samsudin Adnan dipilih daripada 174 penyertaan menerusi pertandingan mencipta logo Sukan SEA 2017.

Pemilihan Wau Bulan ini berdasarkan kepada keindahan, kesantunan dan kekuatannya membelah awan. Selain itu, ia juga melambangkan keunikan sukan menuju ke arah kecemerlangan lebih tinggi. Kombinasi warna yang digabungkan pada logo berkenaan pula mewakili warna-warna panji semua negara Asia Tenggara sekali gus melahirkan identiti Kuala Lumpur 2017.

Tema temasya iaitu 'Bangkit Bersama' (Rising Together). Pemilihan tema ini adalah seiring dengan cabaran terkini dan akan datang yang perlu ditempuhi oleh negara Asia Tenggara sebagai satu komuniti.


Maskot Sukan SEA ke-29 - Kuala Lumpur 2017

Maskot Rimau Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Harimau Malaya yang dinamakan sebagai Rimau, dipilih sebagai maskot temasya Sukan SEA 2017 atau Kuala Lumpur 2017. Harimau Malaya dipilih berdasarkan kedudukannya yang kuat namun santun. Selain itu, ia juga kerana haiwan ini amat mesra, bersemangat waja, bertenaga dan paling utama, tinggi dengan semangat kesukanan.


Majulah sukan untuk negara. Malaysia Boleh!
#Bangkit2017 #SEAGames2017 #SukanSEA2017 #KL2017



«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda