AIMP 4 - Alternatif Terbaik untuk Winamp

Tahukah anda, Winamp - pemain audio popular untuk PC, yang mungkin masih anda gunakan sekarang sudah lama tidak dikemaskini? Versi terakhir ialah Winamp 5.666 Build 3516 (5.6.6.3516) yang dilancarkan pada Disember 2013. Ini berpunca daripada beberapa siri pengambilalihan hakmilik, yang telah mengakibatkan pembangunan Winamp terhenti. 

Jadi, apakah antara perisian pemain audio alternatif untuk menggantikan Winamp? Terdapat beberapa perisian pemain lagu mp3 percuma, dan antara yang terbaik dan menarik adalah AIMP.


AIMP - salah satu pemain audio, mirip Winamp. Menawarkan kualiti memainkan audio yang baik, juga menawarkan sokongan pelbagai jenis format audio, pilihan untuk mengubah antaramuka skin,  disamping ringan dan tidak memakan kuasa pemprosesan yang tinggi.

Versi terbaru AIMP4, telah menggunakan antaramuka serba baru, disamping beberapa penambahbaikan. Untuk mengetahui senarai penuh pembaharuan dan perbezaan antara AIMP v4.00 dan AIMP v3.60, anda boleh rujuk di laman aimp.ru.

Maklumat lanjut mengenai AIMP:

Download AIMP v4


AIMP juga turut ditawarkan untuk sistem operasi Android. Dapatkannya di Google Play.

Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال