Portal TonTon.com.my Berwajah Baru


Selepas hampir 6 tahun beroperasi, portal video Tonton.com.my telah menampilkan wajah baru pada 20 April 2016.

Masih mengekalkan logo yang sama dengan sedikit perubahan warna pada tulisan dan penambahan butang play, wajah baru portal Tonton.com.my secara keseluruhannya menggunakan antaramuka yang lebih moden dan minimalis. Beberapa Menu telah ditambahbaik bagi memudahkan pengguna melayari portal video tersebut. 



Melalui pengenalan wajah baru ini juga, pihak Tonton turut memperkenalkan TonTon VIP iaitu pakej langganan serendah RM3 sehari untuk mendapatkan akses penuh kepada rancangan drama dan filem yang ditawarkan, termasuk kebolehan untuk menonton tanpa gangguan iklan dan muat turun video dan dapat menontonnya secara offlin. 


Sepertimana ramai sedia maklum, laman portal TonTon amat popular dikalangan penonton setia rangkaian MediaPrima iaitu stesen televisyen TV3, TV9, ntv7 dan 8TV. Pelbagai rancangan kegemaran ditawarkan terutamanya kepada peminat drama yang pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton drama terbaru yang disiarkan di kaca televisyen secara siaran langsung mahupun menonton kembali episod yang lepas.

Bagi peminat bola sepak tempatan pula, hak penyiaran siaran langsung bola sepak Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia kepada stesen televisyen TV3 dan TV9 membolehkan peminat mengikuti Live Streaming Siaran Langsung perlawanan pasukan pilihan masing-masing.

Aplikasi android TonTon juga turut menerima kemaskini terbaru ini. Untuk muat turun, sila layari laman Google Play.

Layari laman TonTon.com.my
Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال