Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik


Chicken Cottage ialah restoran makanan segera halal dan sudah mempunyai lebih 100 cawangan di United Kingdom, Pakistan, Algeria, Perancis, Dubai, Slovakia, Afrika Selatan, Libya, Sweden, Itali dan Iraq. 

Nama Chicken Cottage mungkin agak asing di Malaysia jika ingin dibandingkan dengan restoran makanan segera lain seperti KFC, McDonald dan Pizza Hut yang telah bertapak lama di Malaysia.  Namun perkara tersebut dijangka berakhir apabila restoran makanan segera popular dunia ini, mula membuka cawangannya di Malaysia.

Chicken Cottage telah membuka cawangan pertama di Malaysia pada bulan Disember 2015 dan ianya terletak di Kuala Terengganu dan bukannya di Kuala Lumpur. Ini tidaklah menghairankan kerana jenama Chicken Cottage itu sendiri dimiliki oleh Terengganu Incorporated Sdn Bhd, iaitu anak syarikat berkaitan kerajaan milik Kerajaan Negeri Terengganu.

Pada tahun 2017, Chicken Cottage juga telah menjadi penaja utama kepada pasukan bola sepak Terengganu FA dan T-Team FC.

Menu utama di Chicken Cottage pastinya ialah Ayam Grilled, Ayam BBQ, Burger dan banyak lagi.


Facebook: Chicken Cottage Malaysia
Website: Chickencottage.com



«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda