Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik


Malaysia sudah memulakan penyiaran TV digital secara berperingkat menggantikan siaran analog, menerusi perkhidmatan Siaran Televisyen Digital Malaysia (DTTV - MYTV). Projek DTT di Malaysia adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Kerajaan telah merancang untuk menutup siaran TV analog pada tahun 2018. Penduduk Malaysia yang tidak menggunakan siaran DTT atau siaran digital yang lain (satelit dan kabel) tidak akan dapat menonton sebarang siaran televisyen selepas siaran analog ini ditutup

Kehadiran myFreeview - MYTV bakal mengatasi masalah siaran tv yang lemah dan tidak menyeluruh. Jika sebelum ini, rakyat Malaysia perlu melanggan siaran tv berbayar seperti Astro, NJOI atau HyppTV walaupun sekadar untuk menonton siaran televisyen percuma.

Kelebihan Siaran Digital MyFreeview- MYTV

  • Kualiti gambar lebih tajam dan jelas dengan resolusi HD 
  • Kualiti bunyi audio yang lebih baik
  • Percuma Sepanjang Hayat 
  • Kurang atau hampir tiada gangguan cuaca
  • Lebih banyak saluran siaran TV dan radio percuma
  • Akses kepada jadual rancangan TV harian
  • Sarikata pelbagai bahasa
  • Akses perkhidmatan televisyen interaktif seperti membeli, menonton video atas permintaan, perkhidmatan langganan dan internet (Akan datang)

Senarai Saluran MyFreeview 

myFreeview menawarkan semua saluran TV terestrial percuma sedia ada iaitu TV1, TV2, TVi, TV3, ntv7, 8TV, TV9, TV AlHijrah dan Bernama News Channel (BNC) dalam kualiti digital.

Pada masa akan datang, lebih banyak saluran TV dan radio serta perkhidmatan interaktif akan diperkenalkan.



Cara Untuk Mendapatkan Siaran TV Digital myFreeview


1. JENIS TELEVISYEN
Set TV lama juga boleh digunakan asalkan ia mempunyai sambungan masuk AV/HDMI yang boleh disambungkan kepada dekoder MYTV menggunakan kabel AV/HDMI.
Set TV baharu yang mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM yang telah dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner) atau dikenali sebagai IDTV (Integrated Digital Television) dan boleh menerima terus siaran digital myFreeview tanpa dekoder MYTV. Set IDTV telah mula dijual di pasaran dengan logo DTTV Malaysia.


2. AERIAL
Untuk menikmati siaran yang lebih jelas dengan Siaran Digital myFreeview, anda memerlukan aerial jenis UHF (Bukan VHF). Aerial UHF perlu dipasang dan disambung kepada terminal aerial dekoder/IDTV. Ada dua jenis aerial yang boleh digunakan iaitu:

  • AERIAL DALAMAN (UHF)
Aerial ini boleh menerima isyarat bagi kawasan dalam lingkungan jarak lurus kurang daripada 25km daripada stesen pemancar. Bagaimanapun, tidak semua kawasan dalam lingkungan tersebut boleh menggunakan aerial dalaman disebabkan faktor halangan fizikal seperti bangunan, bukit serta ketinggian (altitud).

  • AERIAL LUARAN (UHF)
Aerial luaran adalah pilihan terbaik dan boleh menerima isyarat pemancaran dengan baik apabila aerial dihalakan ke arah stesen pemancar.

Alat 'booster' tidak perlu dipasangkan kepada aerial kerana kebanyakan 'booster' tidak membantu dan sebaliknya mengganggu penerimaan isyarat.


3. DEKODER MYTV atau IDTV-DDTV
Dekoder MYTV juga dikenali sebagai alat penerima DVB-T2 yang perlu digunakan untuk menerima siaran digital myFreeview.

Dekoder MYTV boleh didapati di kedai elektronik di seluruh negara. Dapatkan set dekoder MYTV di wakil penjual terdekat anda. Harga dekoder MYTV Basic RM99 dan MYTV Advance RM199.

Dekoder MYTV tidak diperlukan untuk set TV IDTV.



Untuk maklumat lanjut sila layari:




«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

2 komen:

  1. Apa beza mytv basic dgn mytv advance??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mytv advance boleh connect wifi, mytv basic just siaran basic dan takleh connect wifi

      Delete