Malaysia

Sukan

Teknologi

Muzik


Perodua Myvi generasi ketiga, Myvi 2018 serba baru dilancarkan pada 16 November 2017. Model ini akan menggantikan model sedia ada di pasaran yang telah mencapai jualan melebihi 1 juta unit.
Perodua Myvi 2018 dibangunkan dari model Toyota Yaris dan Perodua memberikan sentuhan kepada rekaan luaran terutama pada lampu dan bumper di bahagian depan dan belakang. Rekaan terbaru ini juga disifatkan lebih panjang, lebih rendah serta lebih lebar berbanding Myvi sebelum ini.


Ciri-ciri Perodua MYVI 2018

  • Ditawarkan dalam 5 varian iaitu 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT).
  • Dua pilihan enjin baru cekap tenaga EEV ditawarkan iaitu 1.3L dan 1.5L Dual VVT-i yang dipadankan dengan sistem transmisi lima-kelajuan manual atau automatik empat-kelajuan E-AT bagi semua varian.
  • Ciri Eco Idle bagi tiga varian paling tinggi – di mana enjin akan mati dan hidup semula jika brek dilepaskan (dalam keadaan statik).
  • Kadar bacaan penggunaan minyak yang terbaik mampu dicapai pada kadar 20.1 km/l bagi varian 1.5 AT (Dual VVT-i)
  • Varian 1.5 Advance akan dilengkapi dengan Advance Safety Assist (ASA) – yang turut merangkumi ciri-ciri seperti Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control. Sistem ini berfungsi melalui sebuah kamera yang terletak di belakang bahagian cermin pandang belakang.
  • Ciri ABS dengan EBD serta Vehicle Stability Control (VSC) untuk semua varian.
  • Enam beg udara untuk varian 1.5L, sementara varian 1.3L dengan empat beg udara.
  • Lampu utama LED dengan fungsi Follow-Me-Home serta Auto-Off untuk semua varian.
  • Lampu belakang dengan Light Guide untuk semua varian.
  • Sistem tanpa kunci dengan butang Push Start untuk semua varian
  • Alat pembaca tol terbina dalam untuk Myvi 1.5 liter.
  • Varian 1.3L akan hadir dengan rim 14 inci, manakala varian 1.5L dengan rim 15 inci.
  • Ditawarkan dalam 6 warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Mystical Purple, Lava Red, Peppermint Green (warna baru untuk varian 1.3L) dan Granite Grey (warna baru untuk varian 1.5L

Rekaan Luaran 



Ruang Dalaman 


Video Myvi 2018


Harga Myvi 2018 

Myvi 1.3 Standard G (MT) – RM44,300
Myvi 1.3 Standard G (AT) – RM46,300
Myvi 1.3 Premium X (AT) – RM48,300
Myvi 1.5 High (AT) – RM51,800
Myvi 1.5 Advance (AT) – RM55,300.
* Semua harga tidak termasuk insurans. 


Spesifikasi MYVI mengikut Varian


Sebarang maklumat lanjut sila lawati laman web Perodua MYVI



«
Seterusnya
Newer Post
»
Sebelumnya
Older Post

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda