Nike Merlin ACC - Bola Rasmi EPL, La Liga & Serie A Musim 2018/2019


Nike Merlin merupakan bola rasmi bagi saingan EPL, La Liga dan Serie A Italy menggantikan siri bola Nike Ordem yang telah digunakan sejak 4 musim yang lepas.

Bola serba baru daripada Nike ini hadir dengan beberapa penambahbaikan dan teknologi baru. Antara ciri-ciri bola Nike Merlin ini adalah:
  • Hanya memiliki 4 panel menggantikan 12 atau 32 panel pada bola biasa. Ia menambahkan luas permukaan sekaligus memastikan sentuhan yang lebih baik dan tepat.
  • Corak cetakan warna 3D pada permukaan bola memudahkan interaksi antara pemain dan bola.
  • Teknologi Nike Aerowtrac membantu pergerakan bola di udara.
  • Teknologi Nike ACC memastikan sentuhan dan kawalan optimum dalam semua keadaan cuca dan permukaan padang.
  • Penggunaan getah latex yang dapat mengekalkan tekanan udara pada bola. 

Nike Merlin 2018-2019 English Premier League

Nike Merlin 2018-2019 La Liga Spain
Nike Merlin 2018-2019 Serie A Italy

Seperti tahun-tahun sebelumnya, corak bola berwarna biru muda bagi EPL, merah untuk La Liga dan biru gelap untuk Serie A.
Nike Merlin ACC - Bola Rasmi EPL, La Liga & Serie A Musim 2018/2019 Nike Merlin ACC - Bola Rasmi EPL, La Liga & Serie A Musim 2018/2019 Reviewed by de Geothite on July 26, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.