Facebook The New Messages! Email @facebook.com


Facebook sering memperkenalkan inovasi baru pada laman mereka sesuai dengan statusnya sebagai antara laman terkemuka di dunia. Pada bulan November tahun lepas, Facebook telah memperkenalkan The New Message iaitu sistem mesej baru yang serba moden, mudah, ringkas dan pantas.

Facebook New Message kini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dan aku antara yang bertuah menjadi yang terawal dikalangan rakan-rakan di Facebook menerima jemputan dari Facebook untuk menghadiri makan malam perdana upgrade to the New Messages.

Selepas hampir 2 minggu mencubanya, aku agak kagum dengan fungsi baru ini. Bagi mereka yang belum dapat mencubanya, berikut adalah beberapa screenshots Facebook The New Messages:

Upgrade to the New Messages
Skrin Pengaktifan Facebook the New Message
Email @facebook.com mengikut username akaun Facebook anda
Email @facebook.com telah diaktifkan
Pengaktifan Facebook Mobile

Inbox Facebook New Message
Menu Search pada Inbox
Fungsi Archive pada Facebook Messages
Menu Action pada Halaman Mesej


Hantar Mesej Baru kepada rakan di Facebook atau email penerima.
Paparan Email dari Facebook di Gmail
Fungsi Attachment pada Facebook
Rakam Gambar/Video dan Hantar
Pilihan untuk Hantar Mesej Terus ke Telefon Penerima


Integrasi bersama Facebook Chat
10 Invitation Facebook New Message

Untuk keterangan lanjut, anda juga boleh baca artikel Kenali Facebook Messages Baru Dengan Lebih Dekat (via Amanz.my)

Untuk menerima jemputan the New Messages anda boleh membuat permohonan di Facebook Messages

+ Sebelum ini, Facebook secara tidak sengaja memaparkan prototaip terbaru mereka semasa melakukan pembaikan. Kesilapan sekitar 45 minit itu membolehkan pengguna Facebook mencuba beberapa fungsi terbaru Facebook yang masih diperingkat pembangunan.

Dek kerana terlalu asyik mencuba benda baru dan tidak menyangkakan hal ini berlaku, aku terlupa membuat screenshots, sampailah Facebook tiba-tiba tidak dapat di akses buat seketika dan semuanya kembali kepada asal.

6 Comments

  1. lahanat mark zuckerberg..xbg aku try awal pon..haha

    ReplyDelete
  2. @murtiletto:
    ko duk kutuk dia sangat, tula tak dapat.haha

    @NDSnap:
    mmg sengaja aku snap pic adik beradik disitu.haha

    ReplyDelete
  3. wow..best..pakej skali ngan email tu...bila diorang nak invite ni

    ReplyDelete
  4. owh, dua minggu.. patutla sampai hari ni aku punye tak dapat lagi.. baru seminggu lebih..huhu

    ReplyDelete
  5. @hollowgram:
    Yup! Dapat email yang gempak tuh.

    @MuJE:
    Aah. Aku baru lagi dapat 2 minggu lepas. Tp sistem mesej baru nie mula diperkenalkan secara berperingkat dari bulan November tahu lepas lagi.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال