Google PageRank Januari 2011; Blog KFZoom Kini PR #1

Promosi Menarik Untuk Anda


Berita baik untuk blogger dan webmaster, Google PageRank, telah dikemaskini untuk pertama kalinya bagi tahun 2011. Berdasarkan corak bagi tahun-tahun sebelum ini, Google biasanya akan mengemaskini PageRank dalam tempoh 3 atau 4 bulan sekali, namun bagi kali ini, ia mengambil masa selama 9 bulan dimana kemaskini terakhir sebelum ini adalah pada bulan April 2010.

Jika anda masih baru dengan istilah PageRank, anda boleh rujuk artikel terdahulu untuk memahami Google PageRank serba sedikit melalui gambaran infographic.

Page Ranking

Blog KFZoom kini mendapat PageRank, PR #1, meningkat satu angka dari PR #0 sebelum ini. Aku  gembira dengan PR ini walaupun angkanya tidaklah setinggi manapun, sekurang-kurangnya aku dapat mengetahui prestasi blog ini dimata Google. PR #1 ini merupakan bonus bagi blog KFZoom. Sejak dimulakan pada Mac 2010, blog ini jarang dikemaskini, hanya mempunyai 1 - 3 entri baru sahaja setiap minggu dan sehingga kini hanya mempunyai 90 entri sahaja.

PageRank akan dikemaskini dalam masa beberapa hari ini dan segala kerja keras dan teknik SEO anda akan terjawab. Tahniah kepada semua pemilik blog yang berjaya meningkatkan mahupun mengekalkan pagerank blog masing-masing.


+ Sila kongsikan PageRank blog anda di bahagian komen. Anda gembira? Teruja? Kecewa? Sedih?
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال