Hari Kebangsaan 2018 Sayangi Malaysiaku

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia bagi tahun 2018, marilah kita sama-sama menzahirkan rasa cintakan negara kita, Malaysia dengan mengibarkan bendera kebangsaan kita, Jalur Gemilang di rumah, bangunan, sekolah, kawasan kampung dan sebagainya. Jangan jadikan kesibukan bekerja atau belajar sebagai halangan mahupun alasan untuk tidak turut sama memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan sempena memperingati semula detik kemerdekaan negara yang dicapai pada tanggal 31 Ogos 1957.

Logo Hari Kebangsaan 2018

Logo Sayangi Malaysiaku Merdeka 2018

Logo Hari Kebangsaan 2018 hasil ciptaan Nik Zulkifli Nik Hitam.
Simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati dihadapan menyatukan mereka. Ia membawa maksud warganegara Malaysa terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu pada dan kasih sayang kepada negara.


Lagu Rasmi Hari Kebangsaan 2018

Tajuk: Kita Punya Malaysia
Nyanyian: Bunkface
Ciptaan: Sam Bunkface



Portal Malaysia Merdeka

Untuk keterangan lanjut mengenai sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, anda boleh layari laman web interaktif malaysiamerdeka.my.

Antara maklumat yang disediakan ialah:
- Muaturun logo, lirik dan lagu
- Sejarah kemerdekaan Malaysia, tokoh dan pemimpin negara dan galeri gambar.
- Pencapaian negara dalam bidang teknologi, sukan, pertanian, pendidikan dll.
- Program dan akitiviti sempena sambutan kemerdekaan dan banyak lagi.

Anda juga boleh mengikuti laman media sosial rasmi sambutan kemerdekaan 2018.

Jom sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia! #SayangiMalaysiaku
Hari Kebangsaan 2018 Sayangi Malaysiaku Hari Kebangsaan 2018 Sayangi Malaysiaku Reviewed by de Geothite on July 27, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.